Sunday, 27 March 2011

pantun sahabat

Pantun sahabat ..

Duduk diberanda berangin nyaman
Bertemankan cahaya lilin
Mata memandang bersama senyuman
Sebuah persahabatan kini terjalin

Bangun pagi pukul lapan
Cahaya lilin sudah pun terpadam
Walaupun ada sebarang kesilapan
Janganlah kawan hendak berdendam

Berjalan-jalan di atas jambatan
Terjumpa bola bentuknya bujur
Hendak lama jalinkan persahabatan
Mestilah kawan ikhlas dan jujur

Makan  nasi di waktu rehat
Makan bersama pucuk pegaga
Ke arah neraka kawan yang jahat
Yang baik pula menuju syurga

Kaca dikutip tangan terluka
Terpijak pula seekor lipan
Hidup penuh suka dan duka
Itulah lumrah dalam kehidupan

Terkena hujan badan pun basah
Nak ke kedai melalui titi
Tak kira senang mahupun susah
Sahabat sejati sentiasa di hati

Berjalan di hutan badan pun basah
Sesat berjalan tak mahu bertanya
Banyak kawan di dunia ini
Tapi carilah yang baik akhlaknya

No comments:

Post a Comment